Saturday 5 November 2011

Chance after chance after chance...

Mendukacitakan..hampa.. itulah yang dapat disimpulkan keputusan LIV vs Swansy City sebentar tadi.. Jutaan peminat fanatik The Reds kecewa.. LIV gagah mencipta peluang tapi gagal memasukkan bola ke gawang lawan.. jika prestasi ini dikekalkan impian ke Champion League tahun hadapan tak akan kesampaian.. mainlah Europa League saja.. yang tidak daya penarik dan nilai tajaan yang jauh lebih rendah.. tiada nilai komersial..

Ayuh The Reds..bangkit.. jadikan keputusan hari ni dan keputusan seri menetang Sunderland, MU, Norwich City sebagai sejarah.. bangkit pastikan semua games kat anfield lepas ni kita mesti menang.. home form very important.. guna semua peluang yang ada untuk dijadikan gol.. kita mahukan gol bukan peluang..peluang..peluang.. kita mahu end result..YNWA..The Reds

Monday 31 October 2011

History..History...History..

5 Kejuaraan Utama Eropah (European Cup and Champion League)
3 Uefa Cups
18 Kejuaraan Liga
7 FA Cups
5 League Cups

Senarai kejayaan Liverpool.. kejayaan yang banyak dikecapi semasa tahun 70's - 80's.. semenjak tahun 1991 setelah King Kenny meninggalkan Liverpool sehinggalah sekarang.. The Reds telah hilang taring dan hanya mampu menang cup sekali sekali.. Semenjak era Primier League hanya sekali berjaya menduduki tangga ke 2..musim 08/09.. kejatuhan liverpool telah dimanipulasi oleh Man United.. dan kini telah berjaya mendapat kejuaraan liga ke 19 musim lepas 10/11..

Sejarah tinggal sejarah...sejarah baru perlu dilakar.. kelab paling berjaya di England dalam liga domestik telah dirampas.. tetapi masih kelab england paling berjaya di eropah.. satu rekod yang pastinya mahu dipadamkan oleh sir alex.. united mungkin memerlukan 5-10 tahun lagi untuk menyamai rekod tersebut.. itupun kalau liverpool masih berada di takuk lama..

kepulangan King Kenny dilihat membawa sinar cerah kepada The Reds.. dgn ayam tambatan Luis Suarez liverpool dilihat mula mempamerkan permainan menarik yg telah lama hilang dibawah kendalian houlier dan benitez.. agak malang liverpool sepatutnya berada dalam kelompok 3 teratas sekiranya tidak tercicir mata menetang lawan mudah seperti sunderland dan norwich..

Ayuh..mari kita kembalikan semula kecemerlangan liverpool dan cipta sejarah baru.. The Reds..forever and ever..